Wednesday, April 20, 2011

Tokey Restoran Mata Duitan!

Huh..menyirap je rasa...tapi bila fikirkan makanan yang jadi darah daging, maka aku redha je lah. Korang bayangkanlah, macamana tak menyirapnya aku... Dailognya macam ni:

Makcik Mata Duitan: RM 4.50 dik

(Aku keluarkan not RM 50)

Makcik Mata Duitan: (Menjeling not RM 50 dari aku, dan terus bukak balik polistren tadi) Eh, adik ambil ikan pari kan....RM 3.50 sepotong...so, RM 5 lah.

Suka-suka hati kauuu je kan. Padahal masa awal2 tu pon kau dah tau kan aku ambil ikan pari... Makcik, kau kelabu mata tengok not RM 50 tu ke sampai tergamak nak genapkan harga???

Hurm...nasib aku la, kat sini ada satu ni je lah restoran melayu :( Pas ni aku kena rajin2 semula masak bawak bekal...

3 comments:

  1. kalau saya jawab je balik.tak patut betul makcik mata duitan tu.

    ReplyDelete
  2. mari kita sama-sama bawak bekal.hehehe...makanan sekarang memang mahal2

    ReplyDelete
  3. yeahh...moh la kita bawak bekal...hihii

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...